PROGRAM SEMARAK MERDEKA

Aktiviti terkini |16 Ogos 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Kuala Berang

Ringkasan Aktiviti :
• Adalah menjadi kebiasaan sebagai rakyat Malaysia untuk meraikan bulan kemerdekaan iatu bulan ogos.
• Oleh hal yang demikian, NADI turut tidak melepaskan peluang untuk menyambut dengan mengadakan Program Semarak Merdeka bersama dengan komuniti setempat.
• Program yang diadakan kali ini melibatkan kerjasama seluruh dari NADI Hulu Terengganu.

Tujuan :
• Meraikan bulan kemerdekaan Bersama komuniti setempat
• Menyemai semangat patriotisme dalam kalangan komuniti
• Mengeratkan hubungan antara NADI dan komuniti setempat

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Semua peserta yang berdaftar mendengar sedikit taklimat yang diberikan oleh kaki tangan NADI sekaligus pembahagian bendera jalur gemilang kepada peserta.
• Program kali ini dimulakan aktiviti senaman Zumba bersama dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah dan juga komuniti berdekatan
• Aktiviti Zumba dimulakan sebaik sahaja warga komuniti selesai membuat aktiviti stretching
• Selesai aktiviti Zumba, pihak kakitangan NADI menyampaikan sedkit cenderahati kepada pihak pejabat Kesihatan daerah sebagai tanda ucapan terima kasih
• Seterusnya, program diteruskan laagi dengan pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak
• Peserta diberikan kertas poster yang bertemakan kemerdakaan untuk diwarnakan
• Selain itu,pertandingan menggubah tuala turut diadaakan secara serentak bagi memudahkan lagi atucara program
• Setelah sesi pertandingan mewarna dan menggubah, peserta dibenarkan untuk rehat.
• Sementara peserta sedang rehat kakitangan NADI mula menyediakan tempat untuk pertandingan pakaian beragam
• Setelah selesai sesi rehat peserta, pertandingan pakaian beragam dimulakan.
• Pelbagai jenis rekaan yang digayakan oleh peserta
• Sehabisnya pertandingan itu dijalankan, kakitangan NADI mula menjalankan sesi penjurian dan penyusunan penyampaian hadiah.
• Sesi penyampaian hadiah dijalankan dan kemudiannya disusuli dengan ucapan penutup daripada pengarah program.
• Sesi bergambar dan majlis bersurai.

Kelebihan Aktiviti :
• Selain daripada meningkatkan semangat partriostime dalam diri komuniti, aktiviti kali turut mampu menyungkil komuniti menerusi aktiviti pakaian beragam, crossword, jigsaw puzzle dan gubahan tuala.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :