KURSUS PENGURUSAN JENAZAH BERSAMA PERSATUAN BELIA KAMPUNG FELDA MENGKAWANG DAN MASJID FELDA MENGKAWANG

Aktiviti terkini | 19 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
Dewan Sivik Kampung Felda Mengkawang

Ringkasan Aktiviti :
• Memberi ilmu fardu Kifayah kepada anak-anak muda dan generasi baharu Felda Mengkawang.
• Kursus yang disampaikan oleh kakitangan Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu secara kelas dan praktikal.
• Memberi pemahaman yang betul mengenai kematian dan cara menanganinya.

Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada komuniti tentang pengurusan jenazah yang tepat dan seiring dengan syariat Islam dan mengikis unsur-unsur tahyul dan mistik.
• Mendidik masyarakat terutama golongan belia supaya meneruskan tanggungjawab pengurusan jenazah di kampung masing-masing.
• Menyemai semangat persaudaraan dan bertanggungjawab para komuniti dalam merancang bersama membangunkan modal insan yang terbaik.
• Menyuntik semangat ingin tahu dan sifat ingin belajar ilmu Fardu Kifayah berkenaan pengurusan jenazah.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program berlangsung dalam jam 8.00 Pagi sehingga jam 12.30 Tengahhari.
• Pengenalan Apa itu pengurusan jenazah disampaikan oleh kakitangan Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu
• Praktikal dibahagikan 2 kumpulan iaitu lelaki dan kumpulan perempuan
• Penyampaian cenderahati dan sijil.

Kelebihan Aktiviti :
• Melahirkan komuniti yang mempunyai ilmu dalam menguruskan jenazah
• Memperkasakan pengisian hujung minggu komuniti
• Membudayakan Kerjasama dalam komuniti

Nama VIP :
• Ustaz Ahmad Jauzy & Ustaz Ramlah

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :