INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Pengenalan

Kampung FELDA MENGKAWANG pada awalnya hutan belantara yang bentuk buminya berbukit bukau dan tanah rata. Terdapat juga anak-anak sungai yang begitu panjang, pokok-pokok mengkuang dan hutan yang begitu luas. Pada akhir 60-an yang mana penduduk kawasan Hulu Berang terutama penduduk tempatan telah mengadakan satu perjumpaan khas dengan YB Menteri Besar Terengganu. Pada masa itu, YAB. Dato Seri Haji Wan Mokhtar Bin Wan Ahmad bertempat di kampung Menerong. Dengan rayuan masyarakat setempat yang mana Menteri Besar bersetuju menganugerahkan satu kawasan tanah dan diserahkan kepada pihak FELDA bagi membangunkan dan menjayakan tanah tersebut bagi mengangkat taraf ekonomi masyarakat setempat. Maka dengan itu wujud rancangan Felda Mengkawang pada tahun 1973.

Nama Mengkawang diambil daripada 3 gabungan nama iaitu Pokok Mengkuang yang begitu banyak, pokok balak yang besar bernama Tengkawang dan sungai yang panjang yang dinamakan Sungai Cuang. Daripada 3 nama tersebut melahirkan sebuah nama iaitu MENGKAWANG.

Tanah kampung Felda Mengkawang mulai diterokai dan dibangunkan pada 2 peringkat iaitu tahun 1977/1978 dan 1978/1979. Lokasi rancangan berada di bawah Daerah Hulu Terengganu. Bilangan peneroka yang telah diterima masuk adalah seramai 329 orang peneroka. Jumlah penduduk adalah seramai 2285 orang. Fasiliti pula terdapat Klinik Kesihatan dan stesen minyak. Dengan itu, komuniti mempunyai kemudahan asas yang terbaik dalam rancangan ini.

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Pelancongan Air Terjun Belukar Bukit


Air Terjun belukar bukit adalah kawasan yang dimajukan dan popular di kalangan penduduk tempatan. Belukar bukit merupakan tempat perkelahan dan perkhemahan yang menarik. Alam semulajadi serta ketenangan dan kesejukan air menjadi tarikan utama ke kawasan ini. Kawasan perkelahan belukar bukit terletak 20km di selatan kuala berang, Hulu Terengganu. Disini juga mengadakan aktiviti berkayak dan tempat perkhemahan untuk sekolah atau badan-badan beruniform. Dari Felda Mengkawang hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk sampai ke kawasan perkelahan ini. Air Terjun belukar sesuai untuk keluarga yang ingin berkelah sambil menikmati alam semula jadi.

Pusat Pelancongan Air Terjun Sekayu


Hutan Lipur Sekayu atau lebih dikenali juga dengan Air Terjun Sekayu terletak di dalam kawasan hutan simpanan Hulu Terengganu Tambahan. Ia berada di dalam daerah Hulu Terengganu, Terengganu, 16 kilometer dari pekan Kuala Berang dan 56 kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Kawasan ini boleh dicapai melalui persimpangan Ajil Lebuh Raya Pantai Timur.

Hutan lipur tersebut mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar. Pelbagai spesies tumbuhan dan pokok terdapat di hutan ini termasuklah pokok-pokok yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Di sini juga terdapat infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan pihak berkuasa seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tempat berkhemah dan denai dalam hutan (untuk rentas hutan).

Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempesonakan yang merupakan daya tarikan utama kepada pengunjung ke sini tidak kira pengunjung dari dalam atau luar negeri. Air sungainya yang jernih dan sejuk membuatkan sesiapa sahaja tertarik apabila datang berkunjung ke sini.

Tempat Makan Menarik


Kedai Makan D'Benteng

Kemudahan Awam
Klinik Kesihatan
Masjid
Dewan Komuniti
Taman Permainan
Pendidikan
SK Felda Mengkawang
Tadika Felda Mengkawang
PDK
Kisah Kejayaan


Nama : Siti Nor Suriani Binti Kasim
Umur : 32 Tahun
Tahun Menjadi Ahli NADI : 2019
NaDi : Felda Mengkawang
No Telefon : 010-5257477
Email : zarazulai0907@gmail.com
Bentuk Perniagaan : Bakeri Roti

Latar Belakang Usahawan

Puan Siti Nor Suriani Binti Kasim atau lebih mesra dipanggil Kak Nor merupakan salah seorang Usahawan NADI Felda Mengkawang. Beliau berumur 32 tahun pada tahun ini dan juga beliau merupakan ahli NADI Felda Mengkawang. Beliau mula menjalankan perniagaan menjual roti pada tahun 2019 dengan niat untuk menambah pendapatan bulanan dan akhirnya beliau berjaya menjana pendapatan tersebut.

Pada permulaaannya beliau bermula dengan menjual secara kecil-kecilan roti kerana takut tiada sambutan daripada penduduk sekitar tetapi perniagaan beliau mula mendapat sambutan yang baik kerana di Felda Mengkawang agar sukar untuk penduduk sekitar mendapatkan “homemade” roti kerana jauh daripada kedai bakeri di pekan Kuala Berang. Beliau juga meletakkan roti di kedai makan sekitar Felda Mengkawang Kepelbagaian roti dan kuih beliau menarik minat pelanggan untuk membeli. Beliau juga menyediakan perkhidmatan COD (Cash On Delivery) roti di sekitar Felda Mengkawang. Dengan adanya perkhidmatan COD, perniagaan beliau semakin berkembang dan mendapat sambutan yang hangat kerana penduduk hanya memberi senarai roti yang dikendaki melalui aplikasi Whatsapps dan roti tersebut akan di hantar ke rumah. Antara roti yang dijual ialah roti sosej, roti chicken floss, roti kacang merah dan sebagainya.

Sebelum Penggunaan Ict/Penglibatan NADI
Kurangnya ilmu pengetahuan tentang pengendalian komputer, ms office,pengguna ayat iklan niaga dan platform untuk mempromosikan perniagaan secara online. Hasil dari berniaga sebelum menggunakan platform online dalam linkungan RM50.00 – RM200.00 dalam sebulan.

Selepas Penggunaan Ict/Penglibatan NADI
Boleh menggunakan komputer,ms office dengan baik dan juga tahu menggunakan platform untuk berniaga secara online seperti whatapps group kg, facebook dan sebagainya. Selain itu juga adanya konsep COD (Cash On Delivery) dari ke rumah ke rumah dalam mempromosikan perniagaan ia mendapat sambutan yang menggalakan. Hasil dari berniaga sebelum menggunakan platform online dalam lingkungan RM150.00 – RM500.00 dalam sebulan atas permintaan pelanggan.

Apa Yang Dipelajari Melalui NADI
• Penggunaan Komputer.
• Penggunaan Ms Office seperti word,publisher untuk membuat poster atau logo sesuatu perniagaan .
• Cara penggunaan platform perniagaan seperti Facebook,Whatapps,Instagram dan sebagainya.

Bagaimana NADI Membantu Perkembangan Perniagaan/Peningkatan Tahan Kemahiran Ict
• Membantu mempromosikan perniagaan di Media Sosial NADI.
• Menyediakan kelas-kelas usahawan dan juga kelas pengendalian komputer kepada usahawan.

Keusahawanan

Usahawan 1 : Pengusaha Karipap Mini, Popia Carbonara Frozen
Nama : Rohani Binti Ismail
Alamat : No.176 Felda Mengkawang,21800 Ajil, Terengganu
No.Telefon : 013-9538699
Pekerjaan : Guru Kafa
Maklumat Tambahan : Seorang Aktif dalam penjualan di tiktok



Usahawan 2 : Perniagaan secara online
Nama : Nor Atikah Binti Ramli
Alamat : 97 Felda Mengkawang,21800 Ajil Terengganu
No. Telefon :01125554962
Pekerjaan : Bekerja Sendiri
Perniagaan : Cikno's Kitchen
Maklumat tambahan : https://www.facebook.com/ciknoskitchen (Facebook)