Mengenai NaDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NaDi



Sejarah

Kampung FELDA MENGKAWANG pada awalnya hutan belantara yang bentuk buminya berbukit bukau dan tanah rata. Terdapat juga anak-anak sungai yang begitu panjang, pokok-pokok mengkuang dan hutan yang begitu luas. Pada akhir 60-an yang mana penduduk kawasan Hulu Berang terutama penduduk tempatan telah mengadakan satu perjumpaan khas dengan YB Menteri Besar Terengganu. Pada masa itu, YAB. Dato Seri Haji Wan Mokhtar Bin Wan Ahmad bertempat di kampung Menerong. Dengan rayuan masyarakat setempat yang mana Menteri Besar bersetuju menganugerahkan satu kawasan tanah dan diserahkan kepada pihak FELDA bagi membangunkan dan menjayakan tanah tersebut bagi mengangkat taraf ekonomi masyarakat setempat. Maka dengan itu wujud rancangan Felda Mengkawang pada tahun 1973.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2024


MICROSOFT WORD TAHAP II

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2024

Pelajar mempelajari teknik penggunaan Microsoft Word menggunakan modul Usm yang diajari oleh kakitangan NADI secara khas seorang pelajar dan seorang kakitangan...baca selanjutnya

PICCASO DAY

Aktiviti Terkini | 27 Februari 2024

Program ini menfokuskan kekreatifan seni anak-anak....baca selanjutnya

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH BERSAMA PERSATUAN BELIA KAMPUNG FELDA MENGKAWANG DAN MASJID FELDA MENGKAWANG

Aktiviti Terkini | 19 Januari 2024

Memberi ilmu fardu Kifayah kepada anak-anak muda dan generasi baharu Felda Mengkawang.....baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti